Menteri- Akta khusus hina mahkamah sedang dikaji

  • 4 years ago
Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian untuk menggubal undang-undang khusus bagi menangani kes menghina mahkamah dengan membuat perbandingan di beberapa negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan menjelaskan usaha berkenaan telah dimulakan pada 2010 yang membawa kepada draf berhubung perundangan khas itu pada tahun 2013.

Katanya, draf undang-undang khas itu seterusnya dirujuk ke pihak mahkamah dan telah menerima maklum balas baik.

Beliau menjawab soalan Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) sekiranya kerajaan bercadang memperkenalkan undang-undang khas seperti Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016 di Singapura bagi menangani kes menghina mahkamah.

Recommended