_Kenapa gelap pulak ni__ - Dr Mahathir

  • 4 years ago
Dr Mahathir Mohamad hari ini memuat naik satu video di laman Facebooknya sebagai respons kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia , Saifuddin Abdullah semalam mengenai lesen Finas untuk aktiviti penggambaran.

Dalam video tersebut, bekas perdana menteri itu dirakam sedang membuat ucapan namun terhenti kerana rakaman video yang tiba-tiba 'terpadam'.

Video tersebut juga berkemungkinan ada kaitan dengan kempen Bersatu 'Blackout' yang dibuat bekas ahli Bersatu yang menyokong Dr Mahathir selepas tidak bersetuju keputusan presiden parti itu, Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan.