Kuih War! FULL EPISODE

  • 4 years ago
Kuih War menyingkap kisah penduduk Kampung Propa yang digegarkan dengan berita pertandingan membuat kuih raya yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan. Dua buah kumpulan iaitu ‘Ada Aku Kisah’ dan ‘Why Bother’ terpilih ke peringkat akhir pertandingan dan ingin bekerjasama namun salah seorang penduduk kampung yang cemburu kerana tidak terpilih, Bedah Popiah Lembap cuba melaga-lagakan kedua-dua kumpulan itu demi merosakkan rancangan mereka. Situasi bertambah rumit apabila salah seorang ahli kumpulan Why Bother Armando Dol dan Miranda Ros dari Ada Aku Kisah menjalin hubungan cinta yang tidak direstui.. Apakah kesudahannya? ..saksikan Kuih War