Covid-19- Bilangan pensampelan ujian Malaysia setanding Korea Selatan

  • 4 years ago
Bilangan pensampelan ujian saringan Covid-19 di Malaysia setanding dengan Korea Selatan, iaitu 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi berbanding Korea Selatan iaitu 26.29 individu bagi setiap 1,000 populasi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, walaupun kapasiti makmal untuk pensampelan di negara ini meningkat kepada 37,000 sampel sehari, kadar positif Covid-19 hanya 1.05 peratus.