Shafie membayangkan masa depan Malaysia tanpa perkauman

  • 4 years ago
Dalam temuramah bersama media Isnin lalu, Presiden Warisan Shafie Apdal menyatakan rasa tidak selesanya mengenai perpecahan rakyat Malaysia hari ini dan berkata semua orang mesti berhenti menyalahkan kaum lain atas kekurangan mereka sendiri.

"Jika anda membuka minda anda, dunia adalah untuk semua orang. Kita tidak boleh terlalu berpusat pada diri sendiri, hanya melihat dari segi bahagian kita saja."

Shafie berkata inilah sebabnya ketika beliau menjadi naib presiden Umno, beliau melontarkan idea bahawa jalan ke hadapan untuk Malaysia adalah meninggalkan politik berasaskan kaum.