Ramadan kali ini berbeza, terima sekatan, kawal nafsu - Dr M

  • 4 years ago
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua umat Islam di negara ini agar menerima baik pelbagai sekatan yang terpaksa dilalui dalam suasana mereka melaksanakan ibadah puasa kali ini.

Dr Mahathir berkata sekatan yang terpaksa dilakukan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 itu sudah tentu mengubah banyak tradisi sambutan Ramadan sebelum ini di negara ini, namun ia tidak akan menjadi beban sekiranya umat Islam mengamalkan sikap kesederhanaan dan dapat mengekang hawa nafsu.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya, semalam.