Polis tangkap 6 individu ingkar PKP secara berulang

  • 4 years ago
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seramai enam individu dikesan melanggar arahan PKP secara berulang.

"Kita perlu mohon hukuman maksimum dikenakan terhadap individu yang melanggar arahan PKP secara berulang," katanya.

Menurutnya, segelintir individu yang ditahan itu tidak dapat memberikan alasan yang munasabah.

“Arahan PKP sangat jelas, hanya mereka yang mempunyai kebenaran dan berada di dalam sektor keperluan serta mempunyai kecemasan sahaja dibenarkan melakukan pergerakan," katanya.