Jalan Masjid India dan sekitar kini di bawah PKPD ke-5

  • 4 years ago
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas kawasan Masjid India, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Ini selepas dua bangunan iaitu Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India diletakkan di bawah PKPD.

"PKPD ini berkuatkuasa mulai 14 April 2020 sehingga 28 April 2020, melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India," katanya hari ini

Ini adalah PKPD kelima selepas Simpang Renggam, Hulu Langat, City One Plaza di Jalan Munshi Abdullah dan dua bangunan di Masjid India dikenakan perintah yang sama.