Tanpa bantuan yang cukup, PKS mungkin terpaksa gulung tikar

  • 4 years ago
Kesan wabak Covid-19 melangkaui aspek kesihatan kerana ia juga telah menambahkan beban kewangan kepada rakyat Malaysia, terutama yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kami bercakap dengan Suhaimi Sulaiman, seorang personaliti media dan pemilik restoran serta Tan Son Huat, pengeluar papan lapis bagi melihat bagaimana pandemik ini telah menjejaskan perniagaan mereka.