Jangan guna alasan agama tidak lindungi diri daripada virus - Anwar

KiniTV

oleh KiniTV

4 206 tontonan
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim semalam menasihatkan umat Islam supaya tidak menggunakan alasan agama untuk tidak berusaha melindungi diri daripada virus.

"Kalau gunakan alasan agama, kemudian membawa porak-peranda kepada masyarakat lain tentunya membawa malapetaka", katanya dalam tazkirah sempena Israk Mikraj melalui siaran langsung di Facebook beliau malam tadi.

Katanya lagi, agama Islam akan terpalit dengan imej negatif sekiranya umat Islam masih berdegil tidak mahu mengambil iktibar dari wabak-wabak penyakit yang pernah berlaku dahulu.