'Tolonglah, saya merayu, duduklah diam-diam di rumah’

  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai supaya tidak keluar rumah, kecuali bila perlu sahaja, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang mula berkuat kuasa pada semalam

Katanya perkara itu penting untuk memutuskan rantaian jangkitan, sekali gus mengurangkan jangkitan wabak Covid-19.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Kalau di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang."

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Pergilah balik ke kampung waktu yang lain. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini dulu," katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di kaca TV malam tadi.