Sorakan "Hidup Tun!" bergema di Hotel Sheraton

  • 4 years ago
Para penyokong bersorak "Hidup Tun" di perkarangan Hotel Sheraton di Petaling Jaya malam ini sementara beberapa orang lagi pemimpin tiba di hotel berkenaan.

Antara yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) dan Rina Harun (Titiwangsa).

Keberadaan anggota Jawatankuasa Pusat DAP Ronnie Liu, yang juga adun Sungai Pelek, di sini mengundang perhatian.

Liu berkata beliau di sana secara kebetulan, kerana terlibat dalam satu pertemuan peribadi tetapi ia dibatalkan susulan apa yang berlaku di situ.