"If cannot wait, get out!" - Doktor di klinik kerajaan berang, jerit pada pesakit

  • 4 years ago

Hari ini tular satu video yang dimuatnaik di facebook 'Murugan Ramasamy' mendakwa seorang doktor kerajaan menjerit kepadanya selaku pesakit, semalam.

Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan seorang doktor gagal mengawal emosinya lalu meninggikan suara kepada pesakit tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku di Klinik Kesihatan Seremban.

Namun punca ketegangan itu masih belum dipastikan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) dalam satu kenyataannya berkata mengambil serius isu ini dan siasatan awal bermula dengan segera mengenai kejadian ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Mohamad Faid Abd Rashid berkata "Pengadu telah dihubungi untuk mendapatkan maklumat terperinci. Sehingga kini, isu itu telah diselesaikan melalui rundingan di kedua-dua belah pihak."