Hishamuddin - Siapa menteri Roti John?

  • 4 years ago
Bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein hari ini mempertikaikan kualiti menteri Pakatan Harapan berikutan satu artikel yang melaporkan menteri itu memberi kenyataan yang disifatkan tidak wajar.

Penulis artikel itu menceritakan perbualannya bersama seorang diplomat yang memberitahunya seorang menteri dari Malaysia bertemu dengan seorang pegawai tinggi bernama John dari negaranya.

Menteri itu dikatakan berseloroh dan menyamakannya nama pegawai itu dengan makanan roti John yang popular di Malaysia.

Selain itu, penulis artikel itu turut mengkritik sesetengah menteri yang menurutnya asyik berpolitik tanpa menghiraukan nasib rakyat serta kesan kepada diri mereka akan datang.

Menulis di hantaran Facebook beliau, ahli parlimen Sembrong itu menasihatkan menteri PH berkenaan supaya tidak mencalarkan maruah negara jika tidak mampu menggalas tugas sebagai seorang menteri, lebih-lebih ketika membincangkan perihal keselamatan dunia.