Polis mahu undang-undang lebih keras tangani pemandu mabuk

  • 4 years ago
Undang-undang yang lebih tegas memang diperlukan untuk menangani masalah pemandu mabuk yang mengancam keselamatan jalan raya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor.

Justeru, kata Mazlan, pihak polis mengalu-alukan hasrat kerajaan yang ingin meminda undang-undang sedia ada berkenaan perkara itu, termasuk dalam aspek hukuman.

“Kita alu-alukan pendekatan kerajaan untuk mengenakan tindakan sekeras-kerasnya mereka (pemandu) mabuk memandu dan penunggang motosikal sekarang."

“Tukar undang undang lebih kebal tangani fenomena ini, memang penting untuk wujudkan undang-undang yang keras,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Kontijen dan Daerah Terbaik Ops Selamat Tahun Baru Cina 2020 di Bukit Aman, Kuala Lumpur pagi tadi