"Negara jiran mana, tak perlu saya sebut." - Dr Dzul

  • 4 years ago
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini enggan menamakan dengan jelas negara jiran yang bekerjasama dengan Malaysia mengenai kes-kes novel koronavirus.

"Saya rasa tak perlu saya sebut, ia hanya di seberang jambatan kita," selorohnya.

Ketika pemberita bertanya lagi sekiranya negara tersebut adalah Singapura, Dr Dzul tertawa dan mengatakan, "sudah gaharu cendana pula."