Lim Guan Eng tegur gambar beliau berseorangan

  • 4 years ago
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu kementeriannya hari ini bahawa tidak sepatutnya meletakkan gambarnya bersendirian di kad laporan tahunan kementerian itu untuk tahun 2019.
Lim berkata beliau berharap dapat melihat kementerian bergerak maju sebagai satu pasukan, dan sepatutnya memasukkan gambarnya bersama timbalannya Amiruddin Hamzah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir.

"Ini gambar sepatutnya bukan gambar saya sahaja.

"Patut ada gambar Timbalan Menteri dan Tan Sri KSP.

"Barulah kita boleh gerak sebagai satu pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perhimpunan bulanan di kementeriannya, hari ini.