Lelaki raba kanak-kanak perempuan di surau, diburu polis

  • 5 years ago
Seorang individu dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan, berusia 9 tahun diburu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV, insiden berlaku dalam tandas sebuah surau di Sungai Petani, Kedah, 13 Disember lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Shamsudin Mamat, mengesahkan menerima laporan mengenai insiden berkenaan.

Bapa mangsa telah membuat laporan polis pada 18 Disember lepas, selepas menerima salinan rakaman CCTV berkaitan kejadian daripada ahli jawatankuasa surau.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.