Tular video gelagat tiga pencuri mencuit hati

KiniTV

oleh KiniTV

18 842 tontonan
Penularan klip video memaparkan tiga sekawan dalam cubaan mencuri sebuah televisyen di dalam sebuah bangunan mencuit hati netizen kerana gelagat mereka saling tak tumpah seperti 'The Three Stooges'.


Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan lelaki itu bergelut mencabut televisyen yang melekat pada dinding sebelum didatangi dua rakannya untuk membantu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu juga menyaksikan rakannya merempuh pintu secara tidak sengaja dan mereka juga dilihat jatuh beberapa kali sebelum berusaha melarikan televisyen tersebut.

Mereka juga dipercayai masuk ke kedai menerusi tingkap cermin setelah melihat serpihan kaca bertaburan di lantai.

Netizen juga menyifatkan gelagat tiga sekawan itu bukan untuk merompak tetapi seperti penggambaran filem komedi.