• 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menganggap isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diungkit kembali.

Katanya Chin Peng sudah meninggal dunia dan meminta rakyat melupakan kisah sejarah lama itu.

“Dia (Chin Peng) sudah mati. Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua. Tetapi kita lupakan yang lama. Bukan dia boleh buat apa dah.

"Cuma abu dia sahaja yang balik. Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi. Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua,” katanya

“Benda semacam ini, yang nak bangkit ini untuk apa? Nak puaskan hati siapa? Nak suruh kita pergi kutip dan hantar ke luar negeri? Benda yang kecil macam itu korek nak memburukkan kerajaan. Benda ini berlaku macam masa (zaman) Najib dulu tetapi tiada apa. Namun sekarang semua berbalik kepada PH,” ujarnya.
Katanya lagi, tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng ada di luar kawalan mana-mana pihak.

“Macam mana kita nak tahu? Dia bawa abu dalam flusk dan kita tak tahu siapa yang nak tengok. Kalau nak buang abu tu, buang lah,” tambahnya lagi.

Category

🗞
News

Recommended