Tabik buat Salwani kerana simpan bukti IMDB

  • 5 years ago
Nor Salwani Muhammad mendapat penghargaan istimewa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kerana menyelamatkan salinan asal laporan audit 1MDB yang diarah dimusnahkan.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu memberikan tabik hormat kepada pengarah audit (sektor tadbir urus), Jabatan Audit Negara itu ketika meminta menjawat awam mencontohi Salwani.

"Beliau melakukan itu kerana rasa tanggungjawab dan cinta kepada negara biarpun berdepan dengan risiko yang sangat besar pada ketika itu.

"Saya berharap para penjawat awam negeri Perak akan menjadikan beliau sebagai idola dalam memegang amanah kepada rakyat.

Category

🗞
News

Recommended