Bantuan nelayan semasa kempen : 'Kami menteri boleh beri pada bila-bila masa'

  • 5 years ago
Salahuddin Ayub menegaskan menjadi hak kepada mana-mana menteri untuk menyalurkan bantuan pada bila-bila masa termasuk semasa tempoh kempen Pilihan Raya Kecil.

Menegaskan perkara tersebut susulan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkenaan bantuan khas melibatkan seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai pada minggu hadapan.

“Kalau saya pergi Tanjung Piai hari ini, esok atau semalam (dan berkata) ‘Ha ambil, duit ini, undilah Pakatan Harapan’. Itu adalah rasuah dan ia adalah satu benda yang tidak diizinkan.

“Tapi kalau sebagai menteri, apa yang telah dijanjikan oleh (bekas Ahli Parlimen) Datuk Dr Md Farid Md Rafik kepada nelayan, jadi kita bagi lah. Nak tunggu orang lain bagi?,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Lantas, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bingkas bangun dan mencelah: “Lepas PRK boleh bagi,” katanya.

Recommended