Transkrip akademik graduan UM ditahan universiti

  • 5 years ago
Graduan UM Wong Yan Ke yang berprotes di atas pentas waktu majlis konvokesyen mempersoal transkrip akademiknya tidak dapat diperolehi oleh pihak Universiti Malaya.

Dia diberitahu pihak pentadbiran tidak tahu status transkripnya samada di pegang sementara oleh universiti atau ditarik balik.

Wong dalam posting videonya di Facebook juga meminta Naib Canselor Universiti Malaya untuk bertindak matang dan bukan menggunakan saluran seperti laporan polis dan menahan transkripnya.

Wong Yan Ke baru-baru ini ketika istiadat menerima skrol ijazah sambil berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

Wong berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

Dia juga memberi amaran kepada VC akan melakukan tindakan undang-undang untuk mendapatkan transkrip akademiknya.

Beliau telah dipanggil untuk menghadiri ke IPD Brickfields supaya memberi keterangan hari ini.