Memang saya tidak jemput sebab parti PKR pelbagai kaum

  • 5 years ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau diundang menghadiri Kongres Maruah Melayu semalam pada saat akhir. Menurut Presiden PKR itu, jemputan itu dibuat selepas beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak dijemput oleh sekretariat kongres itu.

Dia berkata, dia tidak dijemput kerana parti PKR adalah parti pelbagai kaum.

Katanya, undangan itu dikemukakan pada petang 5 Oktober lalu namun beliau tidak dapat menghadirinya kerana berada di Port Dickson.