• 5 years ago
CUN! Tengok aksi pelumba motosikal dalam televisyen memang seronok. Nampak cantik dan sempurna terutama ketika mengambil selekoh. Sambil ‘meleper’, lutut cecah permukaan litar atau istilah sesetengah mat motor gunakan, sagat jalan. Ada juga pelumba cecah sampai siku, lagi stylo!

Cecah lutut sebenarnya sebagai panduan kepada penunggang tentang sudut condong yang tepat atau ideal baginya semasa di selekoh. Cara sebegitu akan membolehkannya masuk dan keluar selekoh dengan lebih pantas serta selamat.

Namun di jalan raya, gaya sedemikian mungkin tidak perlu sangat kerana permukaan jalan dan persekitarannya barangkali tidak sesuai. Tapi tidak salah kalau nak dipraktikkan, macam kita sering nampak superbikers buat di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada hujung minggu!

Bagi yang tak tahu, jangan salah faham. Gaya tersebut bukan bermakna lutut cecah terus pada permukaan litar atau jalan, sebaliknya ada slider yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu, kulit atau plastik. Kalau tidak habislah terhakis lutut!

Tapi betul ke cecah lutut senang nak buat?

Category

🗞
News

Recommended