Lambakan peniaga warga asing sukar dapat bukti

  • 5 years ago
Lesen perniagaan yang diberi namun disewakan kepada peniaga warga asing.

Itu merupakan penyumbang terbesar mengenai lambakan peniaga warga asing di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sering membuat serbuan, namun agak sukar mengawal lambakan peniaga asing ini kerana mereka tidak mengaku sebagai peniaga tetapi hanya pekerja sahaja.

Jelasnya, tindakan sukar diambil memandang peniaga warga asing ini dilindungi oleh pemegang lesen premis dan perniagaan warga tempatan.

Mengenai isu lambakan peniaga asing terutama di pasar borong selayang, Khalid menyatakan, DBKL sentiasa membuat serbuan dan pemantauan namun DBKL hanya boleh merampas barang perniagaan sahaja.