TELEFON saja, nanti sampailah makanan yang dipesan. Tapi jangan terkejut, yang hantar bukan sebarangan. Budak U (universiti), purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3 ke atas. Jangan ingat yang hantar makanan kita pesan hingga sampai ke pintu rumah atau pejabat selama ini semuanya mat rempit.
Ya, ramai pelajar universiti buat kerja sambilan sebagai penghantar makanan termasuklah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ternyata perkhidmatan tersebut memudahkan para pelajar yang tinggal di hostel dalam kampus. Kalau dahulu jika lapar pada tengah malam kena keluar cari makanan tapi sekarang tidak perlu lagi, dihantar sampai hostel. Malah mereka yang buat kerja sambilan tersebut turut menyediakan perkhidmatan hingga ke kawasan luar berdekatan kampus.
Kenapa mereka sanggup bekerja? Mungkin wang daripada pinjaman atau biasiswa atau keluarga diperoleh tidak mencukupi, maklumlah kos sara hidup kian meningkat. Atau memang mereka tidak mahu menyusahkan keluarga maka jalan terbaik adalah mencari duit sendiri dengan bekerja sambilan.
Walau bagaimanapun fenomena sedemikian tidak menghairankan kerana semua itu wujud atas inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM sendiri yang menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajarnya agar mereka oleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak termasuk ibu bapa.

Category
🗞
News