Empat anggota Sree Gang tumpas, mati ditembak

  • 5 years ago
Empat lelaki bersenjata ditembak mati selepas tembak menembak dengan polis di tempat letak kereta sebuah kondominium di Cyberjaya hari ini, beberapa jam selepas melakukan pemerasan di Cheras.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang melancarkan serangan ketika polis memeriksa sebuah Mercedes Benz yang dipercayai dicuri dari rumah mangsa di Cheras.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin berkata, empat orang penyamun yang berumur antara 29 dan 45 yang merupakan anggota Sree Gang, telah memecah masuk rumah di Taman Segar Perdana, Cheras kira-kira pukul 6 pagi ini.

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, pasukan CID kontinjen Selangor mengesan suspek ke lokasi kejadian (Skypark Residence Condominium) di Cyberjaya, kata Noor Azam dalam sidang media di ibu pejabat polis Sepang semalam.