Kami nak cium mulut ke, cium pipi ke tapi kami tahu batas agama - Tok Mat

  • 5 years ago
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memperli sikap sesetengah pihak yang tidak senang dengan kerjasama penyatuan ummah yang dijalankan oleh partinya dengan Pas.

Katanya, penyokong-penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuat berbagai cerita tentang kerjasama UMNO dan Pas kerana cemburu.

“Esok pagi mereka akan kata Datuk Seri Zahid 'cium mulut' dengan Haji Hadi.

“Kami nak 'cium mulut 'ke, kami nak cium pipi ke, kami punya pasal, yang kau berahi sorang-sorang apahal?” katanya ketika ceramah perdana Timbalan Presiden UMNO dan Pas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.