• 5 years ago
Walaupun memiliki bentuk tubuh yang kecil dan comel tetapi itu bukan halangan untuk seseorang mengejar cita-cita dan impian.
Bak kata orang, kecil-kecil cili padi. Pemilik nama Wan Noor Bainun Wan Zaizodin, 29, yang merupakan seorang usahawan butik berjaya memukau pelanggan, bukan sahaja dari dalam negara, malah antarabangsa seperti London, Paris, New York, Taiwan, Jepun dan beberapa negara lain melalui rekaan busana tradisional yang diberi nafas baharu.

Recommended