Penyatuan UMMAH tak pinggir MCA dan MIC - Asyraf Wajdi

  • 5 years ago
Gabungan Pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC di atas satu pentas ceramah buat pertama kalinya di sini malam tadi membuktikan bahawa gagasan Perpaduan Ummah tidak rasis sebagaimana yang dilabelkan oleh sesetengah pihak.

Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, malah Pemuda MCA dan MIC menyatakan persetujuan untuk seganding menjelajah ke seluruh negara untuk menyampaikan penerangan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyatuan Ummah Empat Ketua Pemuda Pusat Berceramah di Dataran Ilmu, dekat sini, malam tadi.

Yang turut menyampaikan ceramah ialah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib; Naib Ketua Pemuda MCA Pusat, Chua Hock Kuan dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Thinalan a/l Rajagopalu.

Yang hadir sama ialah barisan kepimpinan Pemuda negeri dan daerah daripada keempat-empat parti terbabit.

Category

🗞
News

Recommended