'Siang malam main politik, tak ada kerja lain!'

  • 5 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengingatkan parti politik supaya tidak mengheret pihak lain dalam konflik dalaman mereka susulan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Kata Abdul Hamid, kenyataaannya berhubung keaslian video seks itu bukan berunsurkan politik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali ke-21 di Kem Bina Semangat di Kuala Kubu Bharu pada Sabtu.

Pada Khamis, Abdul Hamid berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi.

Beliau ketika itu bagaimanapun berkata hasil analisis itu tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video itu dengan individu yang dimaksudkan.

Category

🗞
News

Recommended