TMJ dapat putera raja ke dua

  • 5 years ago
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook milik TMJ pada awal pagi Rabu, beliau berkata, isterinya selamat melahirkan seorang putera.

Menurut kenyataan itu, dia berkata“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan.

Tiga keping gambar dimuat naik di laman sosial itu, menunjukkan TMJ bersama isteri dan anak ketiga mereka di sebuah wad hospital.

Ini merupakan putera kedua buat pasangan itu selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang berusia dua tahun.

Terdahulu, Che Puan Khaleeda memuat naik gambarnya bersama TMJ dan dua anak mereka di laman sosial, dengan keterangan yang memberitahu seorang ahli keluarga baharu akan tiba tidak lama lagi.