Dr M terharu, sedih

  • 5 years ago
Selepas mengumumkan persaraannya semalam, jaguh badminton negara Lee Chong Wei terus-menerus menerima ucapan terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia yang menghargai jasa beliau mengangkat nama Malaysia dalam sukan badminton di persada antarabangsa.

Hari ini, lebih istimewa lagi, Chong Wei menerima ucapan terima kasih khas daripada Perdana Menteri sendiri, Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kedua-duanya menyampaikan penghargaan buat Chong Wei dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook Mahathir tadi.