BERSIH kumpul dana untuk agenda pembaharuan

  • 5 years ago
Bersih 2.0 telah memulakan usaha mengumpul dana RM1.4 juta untuk membantu meneruskan agenda pembaharuannya.

Pengerusinya Thomas Fann berkata dana itu akan digunakan untuk pelbagai program sehingga akhir tahun depan, serta untuk operasi kakitangan dan pejabat.

Bersih telah menggariskan enam program - reformasi pilihan raya, pembaharuan parlimen, pemantauan dan pemerhatian pilihan raya, pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan, pendidikan sivik mengenai demokrasi untuk pelajar universiti dan projek khas pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang .

Recommended