Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar dan isteri 4 Julai depan

  • 5 years ago
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa dokumen yang masih belum lengkap.

Pihak pendakwaan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat permohonan supaya kes Bung Moktar dan Zizie Izette dibicarakan bersama dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 3 Mei lepas, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad