Video Penduduk Asli Halang Pembalakan Di Perak

  • 5 years ago
Video durasi 3 minit yang dimuatnaik Facebook Centre For Orang Asli Concern menunjukkan beberapa penduduk asli Temiar menghalang pekerja balak di Kg Cunex, Gerik, Perak. Kelihatan lori balak dengan muatan balak hendak keluar dari kawasan itu tetapi dihalang oleh penduduk di situ.

Kapsyen facebook itu juga memberitahu, kegiatan membalak semakin berleluasa dan semakin berani ekoran kelulusan Menteri Besar Perak di negeri itu.

Penduduk asli mendakwa kerajaan negeri menceroboh kawasan tanah adat mereka untuk aktiviti pembalakan sejak 18 Januari lalu.

Berang dengan tindakan itu, Orang Asli Kampung Tasik Cunex mengadakan sekatan bagi menghalang aktiviti itu apabila mendakwa kawasan tanah adat dan penempatan mereka diceroboh, termasuk kehilangan sumber hutan.

Kumpulan masyarakat itu membuat sekatan dengan menutup laluan utama lori balak.


Category

🗞
News

Recommended