TERKINI : Najib ke Pejabat Unit AMLA untuk Kali Keempat

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ke hadir memberi keterangan kepada Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kali keempat.

Beliau tiba di Menara KPJ, Jalan Tun Razak pada pukul 9:40 pagi tanpa melalui perkarangan bangunan itu sebaliknya terus ke pejabat menerusi parkir kereta di bawah bangunan.

Najib sebelum ini pernah hadir ke sini untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 27 dan 30 Ogos dan 20 September.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended