Langkah Port Dickson : Semarak Bibit Nepotisme – Ambiga

  • 5 years ago
Langkah Port Dickson yang menjadi plaftorm untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim melunaskan impian menjadi perdana menteri dilihat membuka ruang yang besar untuk mewujudkan bibit-bibit nepotisme.

Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenivasan berkata, perkembangan seperti itu tidak seharusnya terjadi sebaliknya keluarga Anwar iaitu isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail atau anaknya, Nurul Izzah sepatutnya bersedia melepaskan kerusi masing-masing untuk ditandingi oleh Anwar.

Ambiga yang mengulangi pendirian bahawa Langkah Port Dickson itu mempunyai potensi nepotisme mengakui tidak ada masalah jika ketiga-tiga ahli keluarga itu menjadi ahli Dewan Rakyat.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com