Perlantikan Tommy Tidak Jejas Kedudukan Islam Dan Melayu | EDISI MG 6 JUN 2018

  • 5 years ago
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak akan menjejaskan kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu di negara ini kerana setiap individu yang dilantik adalah terikat kepada Perlembagaan Malaysia dan bertindak atas kuasa yang ada dalam perlembagaan itu.



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kerajaan Pakatan Harapan dan pihak istana, dan meminta pihak terbabit supaya menghentikan perbuatan tersebut, lebih lagi di bulan Ramadhan ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended