DAP juara lompat kerusi – Zambry

  • 5 years ago
TELUK INTAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata calon daripada Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di negeri ini adalah raja lompat kerusi.

Ujarnya, ramai calon daripada gabungan pembangkang pernah berbuat perkara sama demi memenangi kerusi namun langsung tidak menghiraukan nasib pengundi.

“Mereka lompat dari satu kerusi kepada satu kerusi setiap kali pilihanraya. Ini kali kedua beliau pindah kerusi. Ada seorang tu sudah tiga tempat dia pindah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan projek baikpulih dan naiktaraf sistem perparitan di Kampung Bahagia, Teluk Intan awal hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended