Oghe Kelate? Okey pe...

  • 5 tahun lalu
HUK aloh! Memang tak masuk akal. Dah bertunang pun, takkan kensel kahwin? Hanya sebab calon isteri pilihan anaknya berasal dari Kelantan, keluarga sebelah lelaki mahu batalkan majlis perkahwinan kedua-dua mereka yang sepatutnya berlangsung hujung bulan ini. Kes ini tular dalam media sosial minggu lepas hingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Teruk sangat ke orang Kelantan ni? Saya sendiri pun tidak pasti apa yang tidak kena pada orang dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya ada kawan dari Kelantan, jiran saya orang Kelantan, depan meja saya di pejabat pun orang Kelantan. Tapi sampai nak kahwin dengan orang Kelantan pun jadi isu, itu sudah lain macam.