Tok Mat jawab Shamsul Iskandar

  • 5 years ago
Calon BN PRK Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab desakan Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar supaya meminta maaf atas kenyataannya kepada pengundi supaya mengenang budinya semasa menjadi menteri besar.

Menjelas lanjut, Mohamad berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenang budi tetapi hanya meminta tolong dari pengundi Rantau.

Beliau juga menjelaskan kenyataan itu dibuat secara gurauan supaya menolong beliau kali ini berbanding sebelum ini semasa menjadi menteri besar beliau yang menolong orang ramai.

Shamsul sebelum ini membidas Mohamad berhubung kenyataannya supaya pengundi di kawasan berkenaan mengenang budi beliau semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Shamsul yang juga Timbalan Menteri Industri Utama menyifatkan, Mohamad telah menunjukkan siakpnya yang tidak ikhlas apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.