Tun M jawab isu Lynas

  • 5 years ago
Kerajaan telah membuka peluang pada syarikat lain yang sanggup membeli atau memperoleh perniagaan itu bagi memproses bahan buangan mentah.

"Syarikat-syarikat ini telah memberi kami janji bahawa pada masa akan datang, sebelum menghantar bahan mentah ke Malaysia, mereka akan membersihkannya terlebih dahulu, yang bermaksud mereka akan menyahtoksin bahan-bahan dalam beberapa cara berkaitan dengan radioaktif.

"Lynas boleh teruskan jika mereka berjanji bahawa bahan mentah akan dinyahtoksin sebelum dibawa ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri.