‘Undi BN dapat RM50' cubaan burukkan nama

  • 5 years ago
Penyokong BN di Rantau dilaporkan mendapat panggilan telefon bahawa mereka akan dibayar RM50 jika mengundi gabungan itu, kata calonnya, Mohamad Hasan.

Menurutnya, tindakan itu adalah cubaan untuk memburukkan nama BN, sedangkan mereka tidak membuat tawaran sedemikian untuk memancing undi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Rantau hari ini.