Feri bawa lebihan muatan karam, hampir 100 maut

  • 5 years ago
Sekurang-kurangnya 100 maut, dengan kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, selepas sebuah feri yang membawa lebihan muatan karam di Sungai Tigris berhampiran Mosul.

Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul Mahdi mengisytiharkan perkabungan negara tiga hari selepas mengunjungi tapak tragedi di tebing sungai Tigris, yang terletak di utara Iraq.