Sultan titah tutup sekolah swasta tahfiz tak daftar JAIS

  • 5 years ago
Mengenai pendidikan tahfiz di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah terdapat sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah swasta tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Justeru, baginda menitahkan sekolah-sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS serta tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden supaya ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya.

Baginda bertitiah pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.