Nasib pekebun kecil dapat perhatian Agong

  • 5 years ago
Nasib pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi sejak kebelakangan ini mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Ini ternyata apabila Seri Paduka membangkitkan perkara itu ketika bertitah merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Sultan Abdullah menarik perhatian bahawa kerajaan akan terus melaksana langkah-langkah bagi meringankan beban mereka yang terlibat.Ini termasuk mempergiat penyelidikan dan pemasaran industri hiliran agrikomoditi, penggunaan bio bahan api, penerokaan pasaran baharu dan bekerjasama dengan negara pengeluar lain bagi menstabilkan harga komoditi berkenaan di pasaran antarabangsa.