Pelik apa dengan RM90j? RM900j pun tidak pelik - Hadi

  • 5 years ago
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bukanlah sesuatu yang pelik jika PAS mampu mengumpul dana kewangan sehingga RM90 juta.

Bahkan katanya, dengan PAS kini mempunyai lebih sejuta ahli seluruh negara, bukanlah sesuatu yang pelik jika parti itu mempunyai dana RM900 juta sekalipun.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu, ‘Isu Fitnah Terhadap PAS’ di Masjid Rusila, malam tadi.

Tambah anggota parlimen Marang itu lagi, pendapatan PAS adalah daripada sumbangan ikhlas anggotanya yang percaya pada janji pahala bagi golongan yang membantu perjuangan Islam.