Ummah adakan himpunan besar-besaran jika k'jaan gagal tangani isu hina Nabi

  • 5 years ago
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) memberi amaran kepada kerajaan supaya tegas dalam menangani isu penghinaan Nabi Muhammad.

Justeru timbalan pengerusi Ummah, Kamaruzaman Mohamad berkata himpunan besar-besaran akan dilakukan jika kerajaan masih gagal menangani isu terbabit.

"Saya beri amaran sekiranya kerajaan gagal menangani isu ini dengan baik kami akan mengadakan himpunan yang jauh lebih besar dari Icerd, ini janji komitmen kami," kata timbalan pengerusi Ummah, Kamaruzaman Mohamad.

Sebelum itu Ummah dan beberapa NGO lain membuat laporan polis terhadap individu bernama Alvin Chow yang didakwa menghina Nabi Muhammad dengan perkataan yang kesat.